***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 35 SKD

Pendaftaran ibu bapa / penjaga dan penjualan bunga telur bertuah.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan YDP PIBG En. Mohamad Rosni bin Minan, Tn. Hj. Hamidi Yusof, Penolong PPD Kuala Pilah dan seterusnya ucapan perasmian oleh En. Muhd Zain b. Kamarulzaman, Setiausaha Sulit kepada YB Dato' Hasan Malek.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 35 dimulakan dan dipengerusikan oleh En. Hamidan.

Setelah selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Sebanyak 50 hadiah telah disediakan. Berikut adalah antara gambar ibu bapa / penjaga yang bertuah.

Antara guru dan staf SKD yang memenangi cabutan bertuah.

Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang yang disediakan di kantin sekolah. Setelah itu, majlis bersurai.

No comments:

Post a Comment