***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Monday, December 14, 2009

Kem Solat Tahun 1& 2

Pada 16 dan 17 November yang lalu, SKD telah menganjurkan kem ibadah solat untuk pelajar tahun 1 dan 2. Pelajar telah didedahkan dengan cara solat yang betul serta bacaan-bacaan dalam solat. Pelajar telah dibimbing oleh guru agama SKD.




Wednesday, December 2, 2009

Hari Kecemerlangan SKD 2009

Sambutan Hari Kecemerlangan SKD 2009 telah diadakan pada 19 November 2009 bersempena dengan pengumuman keputusan UPSR 2009.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah matapelajaran terbaik, kedudukan dalam kelas terbaik, peningkatan terbaik bagi murid tahun 1 hingga tahun 6. Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah Olahragawan dan Olahragawati terbaik, Pelajar terbaik serta hadiah kecemerlangan UPSR 2009. Berikut adalah pemenang-pemenang hadiah utama:

============================
Olahragawan SKD 2009
Bah Zadiki bin Bah Rizal

============================
Olahragawati SKD 2009
Fazidah bt Jonet

============================
Pelajar Terbaik SKD 2009
Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009 - 5A
Huda bt Kamarulfauzi

============================
Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009 - 4A
(dari kiri)
Assyidatul Afiqa bt Md Nor
Muhammad Yusuf bin Md Ali

============================
Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009 - 3A
(dari kiri)
Nurkhalifah bin Rosli
Intan Nurul Nisa bt Zuraime
Muhammad Zulkafli Abdul Razak

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan. Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan.

Lawatan murid Tahun 6 ke Melaka

Pada 18 November 2009 yang lalu, 17 org murid Tahun 6 SKD telah menyertai program lawatan ke Melaka yang dianjurkan di bawah program RIMUP. Berikut adalah antara gambar yang smpat dirakam.






Thursday, November 5, 2009

Penyampaian Hadiah Bulan PSS dan Sukan/Permainan

Pada masa perhimpunan Isnin yang lalu, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan PSS yang lalu. Selain itu, hadiah untuk pemenang pertandingan sukan dan permainan juga diberikan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Pemenang tahap 1 - Perempuan

Pemenang tahap 2 - Perempuan

Pemenang tahap 2 - Lelaki

Pemenang tahap 1 - Lelaki

Pemenang dari kelas Pra Sekolah.

Gotong Royong Murid Tahun 6

Pada 30 Oktober 2009 yang lalu, murid tahun 6 telah bergotong royong mengecat batu di taman sekolah. Selain itu, mereka juga sama-sama membersihkan dan menghias taman tersebut.






Wednesday, November 4, 2009

Program Kitar Semula

Pada 31 Oktober 2009 yang lalu, SKD telah menghantar 3 orang murid tahun 5 bersama seorang guru pengiring bagi menyertai majlis perasmian Kitar Semula Peringkat Daerah Kuala Pilah yang diadakan di SMK Datuk Undang Abdul Manap, Johol. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Hassan Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah . Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran kitar semula dan acara melepaskan anak ikan di Sungai Nuri.







Monday, November 2, 2009

Jamuan Perpisahan Tahun 6

Pada 28 Oktober yang lalu, satu jamuan perpisahan murid tahun 6 telah diadakan di KFC Bahau. Selain daripada murid Tahun 6, jamuan turut dimeriahkan dengan kehadiran guru besar, guru-guru serta staf SKD.








Semoga mereka mendapat keputusan yang baik.. =)

berita 1

berita 1
Pertandingan permainan
Antara pertandingan yang dijalankan ialah bola jaring ,bola sepak, dan bola baling.

Friday, October 30, 2009

Staf SKD



GURU BESAR
Pn. Hjh. Halimaton Mansor

GURU PENOLONG KANAN 1
Pn. Julaiha Mohd Zain

GURU PENOLONG KANAN HEM
Pn. Hjh. Norlizan Wahab

GURU PENOLONG KANAN KOKU
E. Aziman Jaafar

=========================
GURU

En. Mohammad Razif Hj. Zulkafli

En. Hamidan Jamal

En. Zulkiefly Ahmad

Ustaz Talib Tahar

En. Nik Samsuri Nik Shim

En. Mohd Nawawi Kamarudin

En. Mohd Nor Irwan Mahadi

Ustazah Nor Roshaine Ibrahim

Pn. Norlaila Sahari

Pn. Mariah Manaf

Pn. Chieti bt Teteng

=========================
STAFF SOKONGAN

Pn. Hasnah Said

En. Mohd Hasnul Hassan

Pn. Siti Khadijah Bustamam

En. Mohd Kamaruzaman Hassan

En. Masabi Sidin