***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Sunday, May 30, 2010

Rombongan SKD ke Johor Bahru

Kelab guru SKD telah menganjurkan satu rombongan ke Johor Bahru pada 29 Mei 2010. Antara tempat yang dilawati adalah:
  1. Muzium Diraja Sultan Abu Bakar
  2. Masjid Sultan Abu Bakar
  3. Air Hitam
  4. Kompleks Bebas Cukai The Zone - Stulang Laut











Thursday, May 27, 2010

Program Curahan Kasih 2010

SKD telah menganjurkan Program Curahan Kasih pada 26 Mei 2010. Program ini melibatkan murid tahun 5, tahun 6 dan ibu bapa mereka. Program ini berlangsung selama hampir 5 jam. Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada murid tahun 6 terutamanya yang akan menduduki UPSR tahun ini.

Penceramah jemputan adalah En Mohd Salim bin Puteh ANS. PMC. PJK. dan En Baharin bin Sabar dari JPNS.

Wednesday, May 26, 2010

Kem Bestari Solat Tahun 1, 2 &3

Pada 22 Mei yang lalu, SKD telah menganjurkan Kem Bestari Solat untuk murid tahun 1,2 dan 3. Program ini dikelolakan oleh 5 orang fasilitator iaitu:


  1. Ustaz Mohammad Khairil bin Tabri
  2. Ustaz Shakirin bin Jalil
  3. Ustaz Talib bin Tahar
  4. Ustazah Nor Roshaine bt Ibrahim
  5. Nur Amirah bt Arshad
Antara pengisian program tersebut adalah seperti berikut:
  1. Wuduk - Anggota, cara, niat (Amali)
  2. Solat - Niat, bacaan dalam solat ( Doa Iftitah, surah Al-Fatihah, bacaan duduk antara dua sujud, tahiyat, Doa Qunut dan bacaan surah-surah pendek)
  3. Solat Zohor berjemaah

Murid-murid juga diberi sarapan dan makan tengahari.



Friday, May 21, 2010

Jamuan Hari Guru

Jamuan hari guru telah diadakan di Hotel Desa Inn pada 18 Mei yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pn Hjh Halimaton Mansor.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.