***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Friday, October 22, 2010

Gotong Royong Prasekolah

Prasekolah telah menganjurkan aktiviti gotong royong bagi menghiaskan dan membersihkan prasekolah pada 20 Oktober yang lalu. Ibu bapa dan penjaga prasekolah dijemput hadir.









Monday, October 11, 2010

Mural di Makmal Komputer

Salah satu daripada program lepas UPSR adalah membuat mural di makmal komputer sekolah. Seramai 9 orang murid yang terpilih telah terlibat. Aktiviti ini telah dijalankan selama seminggu bermula 29 September.Murid-murid tersebut terlibat dalam membersihkan dinding, melukis dan mewarna. Berikut adalah gambar semasa proses awal membuat mural tersebut.

Monday, October 4, 2010

Rombongan SKD

SKD telah menganjurkan rombongan yang melibatkan murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 pada 30 September yang lalu. Seramai 7 orang guru pengiring turut mengikuti rombongan tersebut. Tempat yang dilawati adalah Muzium Tentera Darat di Port Dickson dan Muzium Negeri di Seremban.

Gambar di Muzium Tentera Darat:


Gambar di Muzium Negeri: