***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Tuesday, February 2, 2010

Hari Sukan SKD 2010 (Bah 3)

Penyampaian hadiah untuk acara jemputan disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamidi Yusof, Penolong PPD Kuala Pilah.
Acara penutup dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan oleh murid.



Kemudian, diikuti dengan ucapan guru besar, Pn Hjh Halimaton Mansor.


Setelah itu, ucapan oleh YDP PIBG SK Dangi iaitu En. Mohamad Rosni bin Minan.
Ucapan perasmian penutup oleh YB. Dato' Hj. Abdul Samad bin Hj. Ibrahim, DPNS., DNS., JP., PMC., PJK., Exco Kerajaan Negeri Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Adun Seri Menanti.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah acara olahraga, anugerah olahragawan, olahragawati serta pengumuman juara keseluruhan temasya sukan SKD 2010.

Olahragawan SKD 2010: Mohamad Aliff Haikal b. Zainal Abidin (Biru)

Olahragawati SKD 2010: Hazhira A/P Kamaruzaman (Merah)

Juara Keseluruhan: Pasukan rumah biru
(Jumlah pungutan pingat emas: 25)

Pasukan rumah merah dan kuning berkongsi di tempat kedua kerana mendapat jumlah pungutan pingat yang sama iaitu 13 pingat emas.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu kehormat, ibu bapa, murid-murid, pengadil dan semua warga SKD di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.

No comments:

Post a Comment