***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Thursday, March 25, 2010

Pertandingan Badminton Daerah Kuala Pilah

SKD selaku pengelola pertandingan badminton pertandingan badminton peringkat Kuala Pilah telah menganjurkan pertandingan badminton di SMK Jelai pada 24 Mac 2010.

Dewan SMK Jelai.

Pemain-pemain yang mewakili SKD.

Urusetia pertandingan bersama guru pengiring.


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang pertandingan berlangsung.

Mesyuarat Penyerahan KWAPM

Selaku tuan rumah majlis penyerahan wang KWAPM yang akan diadakan pada 30 Mac ini, satu mesyuarat yang dihadiri guru besar sekolah-sekolah yang terlibat telah diadakan di SKD pada 24 Mac 2010. Sekolah yang terlibat adalah SJK(C) Pei Chun, SK Dato' Inas dan SK Inas. Mesyuarat di akhiri dengan jamuan minum.


Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 12 Mac 2010. Penceramah jemputan adalah Ustaz Wan Aminudin bin Wan Abdullah, Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Cawangan Tampin.

Berikut adalah aturcara majlis.

7.45 - Perhimpunan pagi
- Selawat beramai-ramai
- Tayangan Video / Sirah Nabi

9.30 - Ceramah oleh penceramah jemputan serta tayangan video
Kuiz Maulidur Rasul

11.00 - Jamuan
- Mengemas dewan

12.05 - Bersurai

Monday, March 8, 2010

Majlis Tadarus Al-Quran - Daerah Kuala Pilah

Majlis tadarus Al-Quran sekolah-sekolah Negeri Sembilan peringkat daerah Kuala Pilah telah berlangsung seperti butiran berikut:

Tempat: SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti

Tarikh : 6 mac 2010

SKD telah mendapat johan dalam acara hafazan untuk tiga tahun berturut-turut ( 2008,2009 dan 2010) yang diwakili oleh:

  • Muhammad Hazim bin Mohd Fadzil (Tahun 5)

Hadiah yang dimenangi adalah:

  • Piala pusingan
  • Wang tunai rm 50.00
  • Piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh:

  • Tuan Haji Mat Rohani b. Kamar (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah)

MTAQ peringkat negeri akan berlangsung pada bulan April di SMK Bukit Jalor. Semoga Muhammad Hazim akan terus berjaya dalam peringkat negeri nanti.


Wednesday, March 3, 2010

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 dan 6

Pada 22 & 23 Februari yang lalu, pegawai kesihatan dari klinik kesihatan Kuala Pilah telah datang ke SKD untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas murid tahun 1 dan 6. Berikut adalah gambarnya.












Tuesday, March 2, 2010

4 x 100 Jemputan SKD

Pada 20 Februari 2010 yang lalu, SKD telah menghantar pasukan 4 x 100 lelaki dan perempuan sebagai pasukan jemputan di temasya sukan sekolah SK Senaling, Kuala Pilah.
Kedua-dua pasukan mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan.




Monday, March 1, 2010

Maulidur Rasul

(Artikel ini diambil dari laman web Al-Azim.com)

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Salam Maulidur Rasul buat semua.