***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Thursday, November 5, 2009

Penyampaian Hadiah Bulan PSS dan Sukan/Permainan

Pada masa perhimpunan Isnin yang lalu, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan PSS yang lalu. Selain itu, hadiah untuk pemenang pertandingan sukan dan permainan juga diberikan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Pemenang tahap 1 - Perempuan

Pemenang tahap 2 - Perempuan

Pemenang tahap 2 - Lelaki

Pemenang tahap 1 - Lelaki

Pemenang dari kelas Pra Sekolah.

Gotong Royong Murid Tahun 6

Pada 30 Oktober 2009 yang lalu, murid tahun 6 telah bergotong royong mengecat batu di taman sekolah. Selain itu, mereka juga sama-sama membersihkan dan menghias taman tersebut.






Wednesday, November 4, 2009

Program Kitar Semula

Pada 31 Oktober 2009 yang lalu, SKD telah menghantar 3 orang murid tahun 5 bersama seorang guru pengiring bagi menyertai majlis perasmian Kitar Semula Peringkat Daerah Kuala Pilah yang diadakan di SMK Datuk Undang Abdul Manap, Johol. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Hassan Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah . Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran kitar semula dan acara melepaskan anak ikan di Sungai Nuri.







Monday, November 2, 2009

Jamuan Perpisahan Tahun 6

Pada 28 Oktober yang lalu, satu jamuan perpisahan murid tahun 6 telah diadakan di KFC Bahau. Selain daripada murid Tahun 6, jamuan turut dimeriahkan dengan kehadiran guru besar, guru-guru serta staf SKD.








Semoga mereka mendapat keputusan yang baik.. =)

berita 1

berita 1
Pertandingan permainan
Antara pertandingan yang dijalankan ialah bola jaring ,bola sepak, dan bola baling.