***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SK DANGI- TERIMA KASIH***

Thursday, September 15, 2011

UPSR 2011

Selamat Menghadapi UPSR bagi murid-murid tahun enam SKD. Kami seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan akan kejayaan mereka .Buat yang terbaik.......!

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Pelajar Khatam Al-Quran 2011






Majlis ini berlangsung dimakmal SKD bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada sebelah tengah harinya.Majlis khatam Al-Quran ini dihadiri seluruh warga SKD dan dikhatamkan oleh pelajar tahun 6.Sekalung tahniah buat Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menjalankan majlis ini dengan begitu baik sekali.

Tuesday, July 26, 2011

Program Anti-Dadah Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan






Program ini dijalankan pihak sekolah dengan kerjasama AADK.Kesemua warga sekolah telah diberikan pendedahan akan bahaya penggunaan dadah yang berlebihan.Sesi ceramah dan tontonan video oleh AADK ini berlangsung di makmal komputer sekolah seawal jam 8.30 pagi.Selain itu terdapat juga pameran oleh AADK dan pertandingan sajak serta melukis poster oleh para murid.

Thursday, June 23, 2011

RUGBI SKD 2011




HARI GURU SK DANGI






Sambutan Hari Guru ini berlangsung seawal jam 8 pagi bertempat di sekitar kawasan sekolah dengan melibatkan keseluruhan warga SKD.Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan pada pagi tersebut.Antaranya penyampaian hadiah kepada skuad rugbi sekolah,perlawanan bola sepak dan bola tampar diantara guru dengan pelajar,penyampaian amanat yang dibaca pihak pengurusan sekolah,nyanyian Hari Guru oleh para guru,dan lain-lain lagi.

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Peperiksaan Semester 1/2011

Minggu ini (23-27 /5/11) merupakan minggu peperiksaan bagi murid-murid Sek.Keb Dangi. Peperiksaan (kap) juga diadakan pada pada minggu yang sama. Selamat Menduduki Peperiksaan bagi semua murid. Cuba Sebaik yang mungkin!...