***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan @ SKD




Sepanjang bulan Ramadhan ini, masa rehat murid-murid diisi dengan aktiviti tadarus. Aktiviti ini diadakan di perpustakaan, makmal komputer dan di kantin. Tadarus ini dikelola oleh Ustaz Mohamad Khairil, Ustaz Talib, Ustazah Roshaine dan juga cikgu Mohd Nawawi.

Selain itu, murid-murid akan solat Zohor berjemaah setiap hari sementara menunggu kelas KAFA pada waktu petang. Dengan aktiviti-aktiviti ini, diharapkan dapat memberi kesan positif kepada murid-murid di samping mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Semoga Ramadhan ini menjadi lebih bermakna kepada semua.

No comments:

Post a Comment