***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Wednesday, September 2, 2009

Bulan Pusat Sumber Sekolah

Sempena dengan bulan pusat sumber sekolah pada Julai yang lalu, pelbagai aktiviti telah dipertandingkan. Murid-murid yang terlibat telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang masa pertandingan. Guru-guru yang terlibat juga memberikan komitmen penuh bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Berikut adalah pertandingan yang telah dijalankan:
  • Tulisan Tercantik - semua murid tahap 1
  • Tulisan Berangkai Tercantik - semua murid tahap 2
  • Mengarang - semua murid tahap 2
  • Karangan bergambar - semua murid tahap 1
  • Bercerita - terbuka kepada tahap 1 dan 2
  • Silangkata - terbuka kepada semua murid
  • Spelling - tahap 1
  • Public speaking - tahap 2
  • Kuiz Sains
  • Kuiz Matematik

Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan cuba lagi.

No comments:

Post a Comment