Wednesday, September 16, 2009
Thursday, September 10, 2009
Ramadhan @ SKD

Sepanjang bulan Ramadhan ini, masa rehat murid-murid diisi dengan aktiviti tadarus. Aktiviti ini diadakan di perpustakaan, makmal komputer dan di kantin. Tadarus ini dikelola oleh Ustaz Mohamad Khairil, Ustaz Talib, Ustazah Roshaine dan juga cikgu Mohd Nawawi.
Selain itu, murid-murid akan solat Zohor berjemaah setiap hari sementara menunggu kelas KAFA pada waktu petang. Dengan aktiviti-aktiviti ini, diharapkan dapat memberi kesan positif kepada murid-murid di samping mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Semoga Ramadhan ini menjadi lebih bermakna kepada semua.
Wednesday, September 9, 2009
Meja untuk pondok bacaan
Monday, September 7, 2009
Thursday, September 3, 2009
Matlamat PSS
1.Memastikan semua murid mendapat perhatian dan layanan yang sama rata semasa menggunakan bahan yang terdapat dalam pusat sumber sekolah.
2.Sentiasa memberi layanan mesra,perkhidmatan yang cekap dan bersedia menerima sebarang cadangan yang membina untuk meningkatkan prestasi pusat sumber sekolah.
3.Memastikan disiplin murid dalam keadaan yang terkawal serta menerapkan nilai-nilai murni semasa berada dalam pusat sumber sekolah.
4.Mengamalkan sikap ikhlas dalam menjalankan tugas.
5.Sentiasa dalam keadaan kemas kini bagi memastikan setiap perubahan baru dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam pusat sumber sekolah.
6.Mengaplikasikan teknologi maklumat untuk merealisasikan wawasan 2020 berdasarkan program sekolah bestari

Sejarah
Sekolah Kebangsaan Dangi
Adalah sebuah sekolah yang terletak 75 km dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Seremban dan 23 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Lokasi sekolah ini berada di pertengahan jalan antara Pekan Tampin dan Bahau.
Sekolah ini mempunyai 7 bangunan asas yang mempunyai 1 bangunan dua tingkat, sebuah Pusat Sumber, 3 buah bangunan setingkat termasuk sebuah blok bangunan baru, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer. Sekolah ini, sebuah sekolah luar bandar yang mendapat bantuan penuh kerajaan.
Satu bangunan sekolah ini ialah bekas bangunan perang dunia yang kedua dan digunakan oleh pihak Jepun sebagai ibu pejabatnya.Bangunan ini telah dibaikpulih dan telah dijadikan bangunan Pusat Sumber Sekolah.
Keramaian kaki tangan sekolah ini adalah terdiri daripada 17 orang guru terlatih, seorang guru J-Qaf , 6 orang staf sokongan dan 165 orang murid termasuk prasekolah yang terdiri daripada berbilang kaum

Wednesday, September 2, 2009
Bulan Pusat Sumber Sekolah
Sempena dengan bulan pusat sumber sekolah pada Julai yang lalu, pelbagai aktiviti telah dipertandingkan. Murid-murid yang terlibat telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang masa pertandingan. Guru-guru yang terlibat juga memberikan komitmen penuh bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Berikut adalah pertandingan yang telah dijalankan:

- Tulisan Tercantik - semua murid tahap 1
- Tulisan Berangkai Tercantik - semua murid tahap 2
- Mengarang - semua murid tahap 2
- Karangan bergambar - semua murid tahap 1
- Bercerita - terbuka kepada tahap 1 dan 2
- Silangkata - terbuka kepada semua murid
- Spelling - tahap 1
- Public speaking - tahap 2
- Kuiz Sains
- Kuiz Matematik
Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan cuba lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)