***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Tuesday, July 26, 2011

Program Anti-Dadah Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan






Program ini dijalankan pihak sekolah dengan kerjasama AADK.Kesemua warga sekolah telah diberikan pendedahan akan bahaya penggunaan dadah yang berlebihan.Sesi ceramah dan tontonan video oleh AADK ini berlangsung di makmal komputer sekolah seawal jam 8.30 pagi.Selain itu terdapat juga pameran oleh AADK dan pertandingan sajak serta melukis poster oleh para murid.

Thursday, June 23, 2011

RUGBI SKD 2011




HARI GURU SK DANGI






Sambutan Hari Guru ini berlangsung seawal jam 8 pagi bertempat di sekitar kawasan sekolah dengan melibatkan keseluruhan warga SKD.Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan pada pagi tersebut.Antaranya penyampaian hadiah kepada skuad rugbi sekolah,perlawanan bola sepak dan bola tampar diantara guru dengan pelajar,penyampaian amanat yang dibaca pihak pengurusan sekolah,nyanyian Hari Guru oleh para guru,dan lain-lain lagi.

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Peperiksaan Semester 1/2011

Minggu ini (23-27 /5/11) merupakan minggu peperiksaan bagi murid-murid Sek.Keb Dangi. Peperiksaan (kap) juga diadakan pada pada minggu yang sama. Selamat Menduduki Peperiksaan bagi semua murid. Cuba Sebaik yang mungkin!...

Sunday, May 22, 2011

Kejohanan Kompang Selawat






Pada penghujung Mac yang lalu SK Dangi telah menghadiri kejohanan kompang selawat yang bertempat di SMK Sains Rembau.Selaku johan kali pertama mewakili daerah Kuala Pilah,SK Dangi dengan kekuatan 13 orang pelajar dan 4 orang guru yang dibantu Pengerusi PIBG sekolah telah berjaya memberi cabaran yang sengit kepada lawan.Walaupun penyertaan sekolah ini adalah kali yang pertama namun kesungguhan dan disiplin yang tinggi berjaya membawa SKD selaku pemenang tempat ke-4.Sekalung tahniah buat SK Dangi.

Tuesday, May 10, 2011

Majlis Bersama Menteri Besar





Pasukan kompang SKD telah berpeluang mengiringi MB dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Desa Dangi pada 20/4/2011.