***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Tuesday, April 27, 2010

Persekitaran pss

Pandangan dari pintu masuk








Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala Pilah

Pada tengahari tadi, hakim bagi pertandingan bercerita Daerah Kuala Pilah telah datang untuk menghakimi 2 orang murid SKD yang mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu.

Tahap satu diwakili oleh: Muhammad hariz b. M. Fadzil (Tahun 3)


Tahap dua diwakili oleh: Nurul Nabiqah Erin bt Miza Azmi (Tahun 5)


SKD mengucapkan tahniah kepada 2 orang murid ini kerana terpilih untuk mewakili sekolah dan semoga berjaya kepada mereka.

Thursday, April 22, 2010

Monday, April 19, 2010

ZOOM-A

Pelajar tahun 6 yang mendapat ID untuk mengakses ZOOM-A diminta mematuhi jadual yang ditetapkan seperti berikut.

Kumpulan 1

Hari: Selasa, Jumaat
Masa: 2.30 ptg - 3.30 ptg

  1. Nur Fatihah
  2. Hazirah Umairah
  3. Nur Saadah
  4. Nur Suhada
  5. Shafinaz

Kumpulan 2
Hari: Isnin, Khamis
Masa: 2.30 ptg - 3.30 ptg
  1. Azlin Fariza
  2. Danial
  3. Hidayati
  4. Izzat
  5. Sabrina
Sila patuhi peraturan semasa menggunakan pusat akses dan sila tepati masa.

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Perpisahan

Bermula April 2010, Pn. Hjh. Hazizah Zainuddin(Pembantu Tadbir) bertukar ke SMK Chung Hua, Kuala Pilah. Selain itu, seorang ustaz juga berpindah ke SJK (C) Yuk Chai, Johol dan menjadi guru beredar di SKD. Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan dan sebagai penghargaan atas khidmat cemerlang yang diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di SKD.








Friday, April 9, 2010

Sumbangan Ikhlas


Kelab guru yang diwakili oleh guru besar telah menyampaikan derma kepada En Kamaruzaman di atas pemergian ibu mertuanya pada bulan Mac yang lalu. Takziah diucapkan.

Thursday, April 1, 2010

Majlis Penyampaian KWAPM (Kumpulan 9)

Satu majlis penyampaian KWAPM telah diadakan pada 30 Mac yang lalu di SKD. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Roslan bin Haji Mohd Yusof DSNS.JP.PMC Adun Kawasan Johol. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil PPD iaitu Encik Nasarudin Bin Zainal (Penyelia HEM) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah.
Seramai 191 orang murid dari 4 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai penerima KWAPM kali ini. Iaitu (74 murid ) dari SKDangi ,(50 murid) dari SK Inas, (29 murid) dari SK Dato Inas dan (38 murid) dari SJK (C) Pei Chun.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairil b Tabri .
Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YB dan penyampaian replika cek kepada guru besar dan YDP PIBG setiap sekolah yang terlibat. Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.