***SELAMAT DATANG KE BLOG SK DANGI-TERIMA KASIH***

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 35 SKD

Pendaftaran ibu bapa / penjaga dan penjualan bunga telur bertuah.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan YDP PIBG En. Mohamad Rosni bin Minan, Tn. Hj. Hamidi Yusof, Penolong PPD Kuala Pilah dan seterusnya ucapan perasmian oleh En. Muhd Zain b. Kamarulzaman, Setiausaha Sulit kepada YB Dato' Hasan Malek.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 35 dimulakan dan dipengerusikan oleh En. Hamidan.

Setelah selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Sebanyak 50 hadiah telah disediakan. Berikut adalah antara gambar ibu bapa / penjaga yang bertuah.

Antara guru dan staf SKD yang memenangi cabutan bertuah.

Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang yang disediakan di kantin sekolah. Setelah itu, majlis bersurai.

Tuesday, February 23, 2010

Persiapan Bunga Telur Bertuah

Berikut adalah gambar persiapan bunga telur bertuah sempena dengan mesyuarat PIBG yang akan diadakan petang ini. Bunga telur tersebut akan dijual kepada ibu bapa / penjaga sebagai sumbangan kepada tabung PIBG. Pada setiap bunga telur tersebut mengandungi nombor yang akan dicabut sebagai nombor bertuah pada akhir mesyuarat.

Friday, February 19, 2010

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Nawawi bin Kamarudin dan Ustazah Nor Roshaine bt. Ibrahim yang telah menerima cahaya mata pertama mereka, Muhammad Naqiuddin bin Mohd Nawawi pada 17 hb Januari 2010. Dengan itu, Kelab Guru SKD telah sepakat memberi cenderamata kepada mereka yang disampaikan oleh guru besar, Pn Hjh Halimaton Mansor.

Wednesday, February 17, 2010

Hari Keluarga SKD 2009 - Pulau Pangkor

Berikut adalah gambar-gambar semasa rombongan ke Pulau Pangkor sempena hari keluarga SKD untuk tahun 2009 pada 23 - 25 Oktober 2009 yang lepas.














Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat tahun baru cina diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Jaga diri, berhati-hati di jalanraya, pandu cermat, jiwa selamat. Selamat bercuti kepada semua.

Friday, February 5, 2010

Hari Sukan SKD 2010 (Bah 4)

Acara ibu bapa: Menyambung Tali


Acara pegawai: Mencari Nombor Bertuah